• Welcome to Akademi Pengajian Melayu
  • apm@um.edu.my
  • 03-79677200
logo
logo

Pasukan pemantun Universiti Malaya (Sri Genta Malaya) yang diwakili oleh Siti Nur Balqis Syamsul Zaidi (Akademi Pengajian Melayu), Aeiman Haikal Shamshir (Fakulti Sastera dan Sains Sosial), Mohamad Shahrul Syahmi Sahimin (Akademi Pengajian Islam) dan Huda Rafiah binti MD Isa( Fakulti Sastera dan Sains Sosial) berjaya merangkul gelaran juara pada Temasya Pantun Kerabat Bestari (Tepak Bestari) 2024

Kejayaan ini membolehkan pasukan dari Universiti Malaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00, trofi, sijil, hamper dan cenderamata.

Temasya Pantun Kerabat Bestari (Tepak Bestari) 2024 diadakan pada 2 hingga 5 Mei 2024 di Universiti Malaya anjuran Kolej Kediaman Bestari, Universiti Malaya.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat 💐
 

#akademipengajianmelayu
#apm #apmum