• Akademi Pengajian Melayu
  • apm@um.edu.my
  • 03-79677200
logo
logo

PROGRAM SARJANA PENGAJIAN MELAYU (MOD PENYELIDIKAN)

Program Sarjana Pengajian Melayu memerlukan calon membuat penyelidikan yang sepatutnya berakhir dengan disertasi tidak lebih daripada 60,000 patah perkataan di bawah seliaan kakitangan fakulti.
Bahasa pengantar disertasi adalah dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Calon boleh memilih untuk mengkhususkan pengajian mereka dari jabatan berikut :

 

(i) Jabatan Bahasa Melayu

Penterjemahan Bahasa Melayu, Sosiolinguistik Melayu, Intonasi Bahasa Melayu, Pemerolehan Bahasa, Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBBK), Analisis Wacana, Pragmatik, Leksikologi & Terminologi (Peristilahan) Bahasa Melayu, Semantik Leksikal, Akustik Fonetik, Stilistik, Sintaksis Bahasa Melayu dan Morfologi Bahasa Melayu.

 

(ii) Jabatan Linguistik Melayu

Linguistik Sejarawi/Perbandingan, Dialektologi, Sosiolinguistik, Linguistik Am, Pragmatik, Psikolinguistik, Leksikologi, Semantik, Perancangan Bahasa.

 

(iii) Jabatan Kesusasteraan Melayu

Manuskrip Melayu, Kesusasteraan Remaja dan Kesusasteraan Kanak-Kanak, Kesusasteraan dan Jantina, Estetika Kesusasteraan Melayu, Kesusasteraan Bandingan, Teori Kesusasteraan, Sosiologi Kesusasteraan, Sejarah Kesusasteraan, Kesusasteraan Islam, Kritikan Kesusasteraan Melayu, Prosa Melayu Moden, Puisi Melayu Moden, Kesusasteraan Lisan Melayu, Pengurusan Kesusasteraan Melayu, Penulisan Kreatif Melayu, Kesusasteraan dan Undang-undang, Karya Agung Kesusasteraan Melayu, Kesusasteraan dan Multimedia, Folklor (Cerita Rakyat) Melayu, Puisi Tradisional.

 
(iv) Jabatan Sosio-Budaya/Kesenian Melayu
Sosio-Budaya Melayu
Ekonomi, Politik dan Kekeluargaan, Agama, Kepercayaan, Pemikiran dan Identiti, Warisan Seni dan Kebudayaan, Teknologi, Hukum Adat, Sejarah Kebudayaan dan Antropologi Makanan, Arkeologi, Pelancongan, Antropologi Perubatan, Kajian Muzium.
Kesenian Melayu
Reka Bentuk Melayu, Muzik Melayu dalam Seni Persembahan, Tari Melayu dalam Seni Persembahan, Seni Visual Melayu, Pengurusan Seni.

Objektif Pendidikan Program (PEO) Sarjana Pengajian Melayu :

  • PEO 1 : Graduan menguasai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang Pengajian Melayu seiring dengan perkembangan dan keperluan semasa.
  • PEO 2 : Graduan yang kompeten, berkemahiran dan berkepimpinan dalam mendepani isu-isu semasa.
  • PEO 3 : Graduan yang mengamalkan minda keusahawanan dan amalan lestari dalam memajukan profesion dalam bidang Pengajian Melayu.


Objektif Pembelajaran Program (PLO)
Sarjana Pengajian Melayu :

  • PLO 1 : Menunjukkan pengetahuan lanjutan dalam bidang Pengajian Melayu melalui penulisan penyelidikan dan pengajian.
  • PLO 2 : Mengaplikasikan ilmu Pengajian Melayu bagi penyelesaian masalah berkaitan penyelidikan dengan daya kreatif, inovatif dan menggunakan teknologi.
  • PLO 3 : Menggunakan kemahiran teknologi dan ilmu kemahiran dalam penyelidikan.
  • PLO 4 : Menghubungkaitkan kemahiran interpersonal berlandaskan budaya Melayu.
  • PLO 5 : Mengintegrasikan kemahiran teknologi digital dan numerasi yang sesuai untuk meningkatkan mutu pengajian dan penyelidikan.
  • PLO 6 : Mempamerkan kepentingan autonomi, pembelajaran kendiri dan kepimpinan di dalam proses penyelidikan.
  • PLO 7 : Menunjukkan peningkatan kemajuan diri di akademi secara berterusan.
  • PLO 8 : Mendemonstrasikan kepatuhan kepada perundangan dan etika dalam pengajian dan penyelidikan dengan yakin.

Peluang Kerjaya

 

1. Kewartawanan
2. Pengurusan Kakitangan
3. Ahli Akademik

STRUKTUR PROGRAM SARJANA PENGAJIAN MELAYU (PENYELIDIKAN) :

Cadangan Jadual ‘Graduate On Time’ (GoT)
 

SEMESTER

AKTIVITI

OUTPUT/MILESTONE

1

  * Menghadiri Kursus Metodologi Penyelidikan
  * Menghadiri kursus Bahasa Melayu*
  * Menghadiri kursus bahasa Inggeris**
  * Membiasakan dan menggunakan EndNote, Turnitin, perisian penyuntingan, analisis data dan alat penyelidikan
  * Hadiri seminar GOT
  * Menjalankan Kajian Literatur
  * Proposal Defence (PD)

  * Selesai kursus Metodologi Penyelidikan
  * Pemenuhan keperluan bahasa
  * Membentangkan cadangan penyelidikan

2

  * Kembangkan cadangan penyelidikan kepada draf bab 1, 2 & 3
  * Menjalankan kajian rintis/ merancang & menyediakan eksperimen/ memulakan pengumpulan data
  * Mulakan analisis data
  * Menghadiri sekurang-kurangnya 2 kursus dalam Program Upskill
  * Menyediakan dan membentangkan Candidature Defense
  * Bersedia untuk Penerbitan 1

  * Rangka disertasi yang lengkap
  * Penyerahan Penerbitan 1
  * Selesai Candidature Defence CD

3

  * Memuktamadkan bab 1, 2 & 3
  * Memuktamadkan analisis data
  * Mulakan bab 4 & 5
  * Menghadiri sekurang-kurangnya 1 kursus dalam Program Upskill
  * Hantar Notis 3 Bulan

  * Selesai bab 1, 2 & 3
  * Draf bab 4 & 5

4

  * Menghadiri Thesis Bootcamp
  * Memuktamadkan dan menyerahkan disertasi
  * Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa

  * Penyerahan disertasi
  * Hasil mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa

  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau yang setaraf dengannya dalam bidang berkaitan*
  • Catatan:* Keutamaan akan diberikan kepada pemohon dengan Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.0 dan ke atas atau yang setaraf dengannya.* Pemohon dengan Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.7 dan ke atas boleh memohon terus untuk program PhD.
  • Keperluan Bahasa
  1. 1. Syarat kemasukan untuk Calon Antarabangsa yang sedang menulis Tesis/ Disertasi dalam Bahasa Inggeris:
    (1)   Band 6 untuk IELTS; atau
    (2) Skor 550 jumlah berdasarkan kertas, skor 213 untuk jumlah berasaskan komputer untuk TOEFL.

    2. Kelonggaran syarat kompetensi Bahasa Inggeris untuk tujuan Pengijazahan Calon Antarabangsa yang menulis tesis/disertasi dalam bahasa selain bahasa Inggeris iaitu Bahasa Malaysia:
    (1)  Band 4 untuk IELTS; atau
    (2)  TOEFL 400

Pelajar Tempatan : September
Pelajar Antarabangsa : September & Februari

Last Update: 18/08/2023