• Akademi Pengajian Melayu
  • apm@um.edu.my
  • 03-79677200
logo
logo

Muzium Etnografi Melayu ditubuhkan pada tahun 1973 oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohd Taib Osman. Koleksi muzium ini terbina hasil kajian lapangan yang dijalankan oleh kakitangan Jabatan Pengajian Melayu pada zaman itu. Bahan-bahan yang ada dimanfaatkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Pengajian Melayu. Lokasi awalnya ialah di Aras 4, Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Apabila berlaku perubahan pentadbiran, koleksi yang ada telah dipindahkan ke Muzium Seni Asia. Setelah bangunan Akademi Melayu siap dan mula beroperasi pada tahun 2002, Muzium Etnografi Melayu dihidupkan semula.
 


Objektif
Muzium Etnografi Melayu ditubuhkan untuk menyokong salah satu matlamat penubuhan Akademi Pengajian Melayu, iaitu menjadi pusat penyelidikan dan pendokumentasian bidang Pengajian Melayu.




Waktu Operasi
Buka: 9 pagi - 5 petang (Isnin - Jumaat)
Rehat: 1 - 2 petang (Isnin - Khamis)
12 tengah hari - 3 petang (Jumaat)
Cuti: Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Alamat & No. Telefon
Mohammad Anis Abdul Samad
Kurator Muzium Etnografi Melayu
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-7967 7275
Fax: 03-7967 7214

Last Update: 30/01/2023