Program Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu adalah program secara kerja kursus yang dijalankan secara sepenuh masa. Kaedah penyampaian program ini adalah secara konvensional (kuliah interaktif, pembelajaran berasaskan permainan, pembelajaran kooperatif, e-pembelajaran, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan kajian kes, pembelajaran berasakan penemuan, pembelajaran berasaskan projek berorientasikan masalah, pembelajaran berasaskan komputer, lapangan, sesawang dan projek.
Struktur Program Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu (Sesi 2021/2022) | Kredit |
Kursus Umum (Universiti) | 14 |
Kursus Teras Fakulti | 16 |
Kursus Teras Program | 80 |
Kursus Elektif | |
Kursus Student Holistic Empowerment (She) | 8 |
Kursus Elektif | 10 |
Jumlah Kredit Berjadual | 128 |
1.2 Keperluan Khas Program
STPM Aliran Sains/Sastera
Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
MATRIKULASI/ASASI
Aliran Sains/Perakaunan dan Undang-Undang
Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00; dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
STAM
Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
DIPLOMA/SETARAF
Aliran Sains/Sastera Memiliki Diploma dari UA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang berkaitan; atau Lulus STPM bukan tahun semasa dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET. KELAYAKAN LAIN Memiliki pengalaman lima (5) tahun bekerja dalam bidang berkaitan; dan
Mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET.
PELAJAR ANTARABANGSA
Pemohonan bukan warganegara yang ingin mengikuti program Sarjana Muda di Universiti Malaya hendaklah tamat dan lulus sekurang-kurangnya dua belas (12) tahun pengajian serta memperolehi kelayakan seperti berikut:
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telahmengklasifikasikan Orang Kurang Upaya kepada tujuh (7) kategori utama ketidakupayaan seperti berikut:
No. | Kategori | Penjelasan |
1. | Kurang Upaya Pendengaran | Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu: Minima (Mild) - (2-<30 dB) (untuk orang dewasa) Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB) Teruk (Severe) - 60 - < 90db) Sangat teruk (Profound) - (> 90 dB) |
2 | Kurang Upaya Penglihatan | Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada: Buta (Blind) Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation; Penglihatan Terhad (Low Vision / Partially Sighted) Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation. |
3. | Kurang Upaya Fizikal | Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam ketegori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal. |
4. | Masalah Pembelajaran | Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay). |
5. | Kurang Upaya Pertuturan | Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar. |
6. | Kurang Upaya Mental | Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawaran psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah: Skizofrenia, Mood Disorder yang serius dan kronik. |
7. | Kurang Upaya Pelbagai | Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai. |
Program di Akademi Pengajian Melayu biasanya boleh menerima pelajar daripada kategori 1, 2, 3 dan 5 tetapi memerlukan perbincangan bersama pihak pentadbiran sekiranya terdapat perhatian atau infrastruktur khusus yang diperlukan.
Last Update: 03/11/2021