Visi
Untuk menjadi pusat ilmu Pengajian Melayu yang ternama di peringkat antarabangsa dalam pengajaran, penyelidikan, pendokumentasian dan penerbitan.
Visi
Untuk menjadi pusat ilmu Pengajian Melayu yang ternama di peringkat antarabangsa dalam pengajaran, penyelidikan, pendokumentasian dan penerbitan.
Misi
Untuk memajukan bidang ilmu Pengajian Melayu dari segi pengajaran dan pembelajaran melalui penyelidikan, pendokumentasian dan penerbitan berkualiti untuk agama, bangsa dan negara.
Objektif Kualiti
Bahagian Ijazah Dasar
Memastikan sekurang-kurangnya 35% pelajar Ijazah Dasar mendapat PNGK 3.30 ke atas semasa pengijazahan
Bahagian Ijazah Tinggi
Meningkatkan pengambilan pelajar Ijazah Tinggi dalam pelbagai bidang dengan nisbah 1.5:1 antara pelajar Ijazah Tinggi dan pelajar Ijazah Dasar
Bahagian Penyelidikan & Pembangunan
Penyelidikan-memastikan sekurang-kurangnya 70% daripada kakitangan akademik Akademi Pengajian Melayu adalah Ketua Projek (Principal Investigator), yang menjalankan penyelidikan dengan bantuan kewangan dari dalam atau luar Universiti Malaya.
Penerbitan-memastikan kakitangan akademik Akademi Pengajian Melayu menghasilkan sekurang-kurangnya 30 penerbitan setahun sama ada dalam bentuk buku, bab dalam buku, monograf, jurnal (antarabangsa atau/dan tempatan) atau prosiding.