• Welcome to Akademi Pengajian Melayu
  • apm@um.edu.my
  • 03-79677200
logo
logo

SAYEMBARA PUISI PENTAS DUNIA (SePENA)

Tahniah diucapkan kepada Nor Hafuza binti Muhammad Arif, pelajar PhD Program Linguistik Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya atas kemenangan tempat pertama dalam Sayembara Puisi Pentas Dunia (SePENA) yang telah berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 24-26 Mei 2024.

Sayembara Puisi ini dianjurkan oleh Kelab Penerbitan Kreatif USIM dengan kerjasama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Ia telah dirasmikan oleh Sasterawan Negara ke-15, Dato' Rahman Shaari.

Dua kategori telah dipertandingkan, iaitu Kategori Tempatan dan Kategori Antarabangsa, yang melibatkan 20 peserta dari pelbagai universiti di Malaysia. Ini memberikan peluang luas kepada para penyair dari dalam dan luar negara untuk menyumbangkan karya-karya mereka dalam perlumbaan kecemerlangan puisi.

Melalui platform ini, pemuisi dapat menonjolkan bakat mereka dalam dunia sastera, memperluaskan pengaruh kreativiti mereka, dan berinteraksi dengan komuniti sastera tempatan dan antarabangsa.

Semoga sayembara ini menjadi titik permulaan bagi pengukuhan serta penyebaran puisi sebagai medium ekspresi dan keindahan di kalangan masyarakat.

Pemuisi : Nor Hafuza binti Muhammad Arif
Puisi bertajuk : Lembaran Berdarah di Tanah Palestin
Penulis : Nor Atiekah Hidayah

Layari Youtube Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya untuk puisi tersebut.

Tahniah dan Syabas diucapkan 💐

#akademipengajianmelayu
#apm #apmum
#sayembarapuisi #pentasdunia