• Welcome to Akademi Pengajian Melayu
  • apm@um.edu.my
  • 03-79677200
logo
logo

Sukacita dimaklumkan bahawa sidang editor Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya menjemput para ahli akademik dan para penyelidik untuk menghantar manuskrip untuk diterbitkan pada bulan April dan Oktober 2024.

JOMAS merupakan jurnal berwasit yang diindeks oleh MyCite dan mencakupi amalan profesional, bahasa, budaya, pemikiran dan kemajuan dalam bidang Pengajian Melayu.

Jurnal ini menerima manuskrip berkaitan alam Melayu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. JOMAS turut membuka ruang penerbitan edisi khas.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh layari laman sesawang rasmi JOMAS di https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM atau e-mel kepada jomas@um.edu.my