Datang Dari China Demi Belajar Bahasa Melayu
KUALA LUMPUR – Jamilah atau Yifan Gao adalah orang yang sama. Namun nama Melayu itu diberikan kepadanya sejak lebuh setahun lalu.
Sebelum ini, wanita itu merupakan lulusan Sarjana Muda Bahasa Melayu di Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Tianjin di China iaitu negara kelahirannya.
Gao memberitahu, dia memilih bahasa Melayu ketika menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda kerana menyedari hubungan baik antara Malaysia dan China walaupun tidak pernah mengenali bahasa itu.
Walaupun mempunyai pilihan untuk memilih bahasa Inggeris yang merupakan bahasa dunia, wanita berusia 23 tahun itu mengakui membuat keputusan tepat apabila memilih belajar bahasa Melayu yang penuh dengan keunikan tersendiri.
“Saya mula jatuh cinta lebih mendalam apabila pensyarah di universiti di China memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Malaysia yang sebelum ini saya tidak tahu.
Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Jamilah, Cahaya dan Mahirah.
Artikel penuh di https://malaysiagazette.com
Sumber: MalaysiaGazette