• Welcome to Akademi Pengajian Melayu
  • apm@um.edu.my
  • 03-79677200
logo
logo

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐈𝐒𝐈

Akademi Pengajian Melayu (APM) akan menganjurkan Bengkel Asas Penulisan Puisi yang akan diadakan pada 31 Mei 2024 di Bilik Seminar Teratai, APM Universiti Malaya.

Penceramah bagi puisi ini adalah Profesor Madya Dr. Norhayati Ab. Rahman, Pensyarah Kanan APM.
Tema puisi adalah "Linguistik dan Ekologi dalam Pelancongan Pendidikan".

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan asas dalam penulisan puisi kepada peserta, dengan fokus khusus pada penggabungan unsur-unsur linguistik dan ekologi dalam konteks pelancongan pendidikan. Selain itu, bengkel ini juga adalah sebagai persediaan awal peserta Program Penyelidikan Lapangan Linguistik 2024 yang akan diadakan di Pulau Langkawi, Kedah pada 6 hingga 9 Jun 2024, anjuran Program Linguistik Melayu, APM dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Persatuan Penulis Nasional (PENA).

Peserta akan diberi peluang untuk belajar teknik-teknik penulisan puisi dan memahami bagaimana elemen-elemen bahasa dan alam sekitar boleh diintegrasikan dalam karya mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu ekologi dalam bidang pendidikan.


#akademipengajianmelayu
#apm #apmum
#puisi