𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍: 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐔𝐌
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKKM), Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya akan menganjurkan Seminar Kebangsaan: Pendidikan Awal Kanak-kanak Perkembangan dan Pengurusan Kurikulum seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 20 Januari 2025 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Kiambang, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya menjemput YBhg. Prof./Tan Sri/Dato' Seri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk bersama-sama menyertai seminar ini.
Sekian, terima kasih.