Kelab Bahasa Melayu Profesional, Universiti Malaya (KBMPUM) Kelab BmPro UM akan menganjurkan Program Munsyi 2025 yang bertajuk Syarahan Bahasa Melayu: Peranan Bahasa Melayu dalam Dunia Pekerjaan.
Antara perkara yang akan dibincangkan ialah peranan Bahasa Melayu dalam dunia pekerjaan, kedudukannya dalam sektor kerajaan dan swasta serta persaingannya dengan bahasa lain dalam era globalisasi.
Butiran program:
Tarikh: 22 Mei 2025 (Khamis)
Masa: 8:00 pagi – 11:30 pagi
Tempat: Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu
Program ini adalah diwajibkan kepada semua pelajar Bahasa Melayu Profesional (BM Pro) dari Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 sahaja.
#akademipengajianmelayu #apm #apmum #kelabbahasamelayu #profesional #PerananBahasaMelayu #pekerjaan