
𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐁𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dr. Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi atas penerbitan buku bertajuk HAMKA: Jati Diri Kemanusiaan dan Kesejagatan.
Karya ilmiah ini mengupas pemikiran HAMKA yang berteraskan nilai kemanusiaan sejagat, di samping memberikan sumbangan yang bermakna dalam memperkaya khazanah ilmu serta pemikiran Melayu kontemporari.
Semoga penerbitan ini terus memberikan manfaat kepada masyarakat akademik dan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga Universiti Malaya dalam memperkasa budaya ilmu, penyelidikan dan penerbitan.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan
