• Akademi Pengajian Melayu
  • apm@um.edu.my
  • 03-79677200
logo
logo

Mobiliti (Outbound)

Sebagai mahasiswa ijazah dasar, adakah anda ingin meneroka, membina keyakinan, mengambil bahagian dan mempelajari budaya dengan mengembara ke luar negara?
Akademii Pengajian Melayu (APM) sentiasa mengalu-alukan dan membuka peluang kepada mahasiswa ijazah dasar untuk menelusuri persekitaran, bahasa dan budaya kerana ia memberikan nilai tambah terhadap apa yang anda miliki sekarang.

Program ini juga membuka mata anda kepada isu-isu terkini dalam landskap global. Jadi bagi anda yang berhasrat menyertai program mobiliti pelajar (outbound), hubungi kami agar perbincangan boleh dibuat bagi menentukan pilihan yang sesuai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari web Global Enrichment & Mobility (GEM) Centre https://gem.um.edu.my atau melalui e-mel rasmi apm@um.edu.my

Last Update: 23/07/2024