• Akademi Pengajian Melayu
  • apm@um.edu.my
  • 03-79677200
logo
logo

Mobiliti (Inbound)

Akademi Pengajian Melayu (APM) mengalu-alukan pelajar mobiliti (inbound) ijazah dasar dari serata pelusuk dunia. Program akademik yang ditawarkan oleh APM merangkumi bidang kecemerlangan merentasi semua bidang kemanusiaan dan sains terutamanya Kesusasteraan Melayu, Sosio-budaya dan Kesenian Melayu, Linguistik Melayu dan Bahasa Melayu.

Sekiranya berminat, anda boleh memilih sama ada menyertai program mobiliti jangka pendek, iaitu sekurang-kurangnya tiga (3) hari atau dalam jangka masa panjang selama satu (1) semester.

Program mobilti (inbound) di APM ditawarkan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari web Global Enrichment & Mobility (GEM) Centre https://gem.um.edu.my atau melalui e-mel rasmi apm@um.edu.my

Last Update: 23/07/2024