• Akademi Pengajian Melayu
  • apm@um.edu.my
  • 03-79677200
logo
logo

WACANA BAHASA MELAYU KONTEMPORARI 2023

Oct 02, 2023
08.30 AM - 05.30 PM
HOTEL SUNWAY PUTRA KUALA LUMPUR


PROGRAM WACANA BAHASA MELAYU KONTEMPORARI 2023

Jangan lepaskan peluang menonton penstriman langsung Program Wacana Bahasa Melayu Kontemporari 2023 yang dilangsungkan bersama Majlis Penganugerahan Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2023 pada 2 Oktober 2023 (Isnin).

Program ini bakal memperlihatkan dua (2) Sesi Pleno iaitu oleh YBhg. Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (KITA, UKM) dan YBrs. Profesor Dr. Noriah Mohamed (Mantan Profesor UKM).

Turut diadakan juga dua (2) sesi perbincangan yang akan dikendalikan oleh Tuan Sayed Munawar dan dibarisi oleh Ahli Panel yang terdiri dari YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong (KITA, UKM), YBrs. Profesor Madya Dr. Indirawati Zahid (Akademi Pengajian Melayu (APM) UM), YBrs. Profesor Madya Dr. Hairol Anuar Haji Mak Din (UIS), YBrs. Dr. Shafa'atussara Silahudin (APM, UM), Encik Sabri Yunus (Penggiat Seni) dan Encik Siso Kopratasa (Penggiat Seni).

Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf ahli-ahli akademik dalam pelbagai disiplin ilmu yang telah memperkasakan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).