Seminar Antarabangsa Kesusasteraan dan Pengajian Melayu 2026 (SAKPM2026) akan berlangsung pada 15–16 Oktober 2026 bertempat di Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Sebelas Maret, Surakarta, Indonesia.
Seminar ini dianjurkan oleh Program Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dengan kerjasama Prodi Sastra Indonesia, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Sebelas Maret dan melibatkan pembentangan oleh wakil pensyarah daripada setiap program di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Penganjuran seminar ini merupakan wadah perkongsian kepakaran dan ilmu, di samping memperkukuh jalinan kerjasama akademik pada peringkat antarabangsa.