• Akademi Pengajian Melayu
  • apm@um.edu.my
  • 03-79677200
logo
logo

PROGRAM SEMINAR WACANA MANUSKRIP

Jul 18, 2024
09.00 AM - 01.00 AM
BILIK MESYUARAT KIAMBANG

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐦𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐖𝐚𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐤𝐫𝐢𝐩 (𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟏)

Akademi Pengajian Melayu dengan sukacitanya menjemput ke Program Seminar Wacana Manuskrip (Siri 1) yang dianjurkan oleh Unit Manuskrip, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Program ini bertujuan untuk memperluas pengetahuan dan kefahaman mengenai manuskrip Melayu dengan menggabungkan pelbagai disiplin ilmu.

Tajuk Seminar : Visual Autentik dalam Manuskrip Laga Lembu
Penerangan : Seminar ini akan membincangkan aspek visual autentik yang terdapat dalam manuskrip Laga Lembu, serta kepentingannya dalam konteks budaya dan sejarah Melayu.
Penceramah jemputan, YBhg. Dr. Shahrul Anuar Shaari dari Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia, akan berkongsi pandangan serta kajian mendalam mengenai topik ini.
Penceramah : YBhg. Dr. Shahrul Anuar Shaari Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia

Hari & Tarikh : Khamis, 18 Julai 2024
Masa : 9.00 pagi - 12.15 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Kiambang, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Yuran Penyertaan :
* Secara Dalam Talian : RM20 (Link akan diberikan melalui emel)
* Kehadiran Fizikal : RM40 (Makanan disediakan)

E-Sijil Penyertaan disediakan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Nurzahara: 03-7967 7213
Puan Aina: 03-7967 7284
Emel: apmevent@um.edu.my

Daftar Sekarang!

Imbas kod QR di poster atau layari laman web rasmi kami untuk pendaftaran.

Sertai kami untuk mendalami ilmu pengajian manuskrip Melayu melalui perspektif disiplin ilmu yang berbeza. Program ini merupakan platform terbaik untuk berkongsi ilmu dan bertukar pandangan mengenai khazanah manuskrip Melayu.

#akademipengajianmelayu
#apm #apmum
#seminar #wacanamanuskrip