• Akademi Pengajian Melayu
  • apm@um.edu.my
  • 03-79677200
logo
logo

BICARA WARISAN – ANTARA PELESTARIAN DAN PERNIAGAAN

Sep 13, 2023
10.00 AM - 01.00 PM
Auditorium Institut Pengurusan dan Perkhidmatan Penyelidikan (IPPP), Universiti Malaya


Sempena University Malaya Research Gallery (UMRG) bertemakan “Budaya dan Warisan” yang sedang berlangsung bermula 4 September hingga 3 Oktober 2023, sukacita dimaklumkan Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan (BPP), Institut Pengurusan dan Perkhidmatan Penyelidikan (IPPP) akan mengadakan forum seperti berikut:

  TAJUK      :  BICARA WARISAN – ANTARA PELESTARIAN DAN PERNIAGAAN

  TARIKH    :  13 SEPTEMBER 2023 (RABU)

  MASA       :  10.00 PAGI – 1.00 PETANG

  TEMPAT   :  AUDITORIUM INSTITUT PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN (IPPP), UNIVERSITI MALAYA

Forum ini sebagai wadah perkongsian pengalaman tiga (3) orang usahawan muda, iaitu Muhammad Haris Zahari, Mohd Herin Mansor dan Arifin Raub, yang mengusahakan perniagaan berasaskan produk budaya dan objek warisan. Forum ini akan dipengerusikan oleh Dr. Akhmad Mansur, daripada APM, UM.

Saksikan di LIVE Youtube Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.