• Akademi Pengajian Melayu
  • apm@um.edu.my
  • 03-79677200
logo
logo

PROGRAM SARJANA SASTERA PENGAJIAN MELAYU SECARA KERJA KURSUS

Program Sarjana Sastera Pengajian Melayu (kerja kursus) mod konvensional ini memerlukan calon melengkapkan pengajian sebanyak 46 kredit yang terdiri daripada kursus teras dan kursus elektif. Program Sarjana ini mengambil masa setahun sahaja untuk dilengkapkan iaitu 2 semester biasa dan 1 semester khas. Manakala tempoh maksimum pengajian ialah sebanyak 8 semester. Kursus-kursus yang ditawarkan dalam program ini meliputi pengetahuan dalam bidang Kesusasteraan Melayu, Linguistik Melayu, Bahasa Melayu dan Sosio-budaya dan Kesenian Melayu.
 

Objektif Pendidikan Program (PEO) Program Sarjana Sastera Pengajian Melayu:

 PEO 1 : Graduan menunjukkan penguasaan pengetahuan, mampu mengadaptasi  kaedah dan teknik terkini dalam pengajian termasuk penggunaan kemahiran numerasi dan digital untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan  dengan bidang Pengajian Melayu secara inovatif.
 PEO 2 : Graduan mempunyai kemahiran kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab serta dapat berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai pihak berkepentingan di samping mempunyai sikap positif dan komited untuk pembelajaran sepanjang hayat dan mempunyai  minda keusahawanan dalam industri untuk kerjaya yang mantap.
 PEO 3 : Graduan yang menjunjung tinggi dan mempertahankan etika, profesionalisme dan amalan lestari dalam menjaga integriti diri dan kerjaya.
 

Hasil Pembelajaran Program / Programme Learning Outcome (PLO) Sarjana Sastera Pengajian Melayu

Keupayaan khusus (competencies) yang akan ditunjukkan oleh pelajar di akhir program Sarjana Sastera Pengajian Melayu adalah seperti berikut :

 PLO 1 : Menunjukkan pengetahuan lanjutan dalam bidang Pengajian Melayu melalui penulisan dan pengajian.
 PLO 2 : Mengaplikasikan ilmu Pengajian Melayu bagi penyelesaian masalah dengan daya kreatif, inovatif dan menggunakan teknologi.
 PLO 3 : Menggunakan kemahiran teknologi dan ilmu kemahiran dalam pembelajaran.
 PLO 4 : Menghubungkaitkan kemahiran interpersonal berlandaskan budaya Melayu.
 PLO 5 : Mengintegrasikan kemahiran teknologi digital dan numerasi yang sesuai untuk meningkatkan mutu pengajian dan penyelidikan.
 PLO 6 : Mempamerkan kepentingan autonomi, pembelajaran kendiri dan kepimpinan di dalam proses pembelajaran.
 PLO 7 : Menunjukkan peningkatan kemajuan diri di akademi secara berterusan.
 PLO 8 :  Mendemonstrasikan kepatuhan kepada perundangan dan etika dalam pengajian dengan yakin.


Peluang Kerjaya

 

  1. Pengurusan dan Profesional
  2. Eksekutif Pemasaran
  3. Eksekutif Pengurusan
  4. Editor
  5. Wartawan
  6. Pegawai Perancang Bahasa
  7. Pegawai Penyelidik
  8. Pegawai Penerangan
  9. Pengacara
  10. Pegawai Perhubungan Awam
  11. Pegawai Arkib
  12. Pegawai Tadbir
  13. Pendidik / Pensyarah
  14. Kurator Muzium.
  16. Pensyarah Kolej/Universiti.
  17. Bidang Penyiaran
  18. Bidang Produksi Media & Multimedia
  19. Usahawan
  20. Pereka Grafik
  21. Pegawai Kebudayaan
  22. Pengurusan Keselamatan
  23. Bidang Kulinari
  24. Penterjemah







PELAN PENGAJIAN PROGRAM SARJANA SASTERA PENGAJIAN MELAYU (KERJA KURSUS) SESI PENAWARAN 2022/2023

TAHUN

KOMPONEN

SEMESTER I

SEMESTER II

SEMESTER III

KOD

KURSUS

KREDIT

KOD

KURSUS

KREDIT

KOD

KURSUS

KREDIT

1

Kursus Teras

JQB7001

Metodologi Penyelidikan Pengajian Melayu

4

JQB7020



Projek Penyelidikan (P)


6


JQB7020


Projek Penyelidikan (P)




6




JQB7015

Islam dan Pengajian Melayu

3

JQB7016

Teori-Teori Pengajian Melayu

3

JQB7017

Isu-isu Semasa Pengajian Melayu

3

JQB7018

Dinamika Pemikiran Melayu

3

JQB7019

Bahasa dan Alam Melayu

3


Kursus Elektif     

 Lima (5)

Kursus Elektif Jabatan 


JQB7021

Bahasa Melayu Terapan

3


JQB7022

Bahasa Melayu dan Komunikasi Lanjutan

3

JQB7023

Teori Sosiolinguistik

3

JQB7024

Karya Agung Kesusasteraan

3

JQB7025

Karya-Karya Sastera Pilihan

3

JQB7026

Warisan, Pelancongan Dan Estetika Seni Budaya Melayu

3

JQB7027

Komunikasi Visual Dunia Melayu

3

JQB7028

Budaya Politik Melayu, Kepimpinan Dan Gerakan Sosial Melayu

3

JQB7029

Pembangunan Sosial dan Ekonomi Melayu

3

Jumlah Kredit  

19


21


6


*Kuliah dilaksanakan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad)





Syarat Kemasukan

 

Pelajar Tempatan : September
Pelajar Antarabangsa : September & Februari



Last Update: 24/03/2025