Seminar dan Bengkel Syair Melayu: Menyemarakkan Warisan Melalui Pendidikan
Satu Seminar dan Bengkel Syair Melayu: Menyemarakkan Warisan Melalui Pendidikan yang bertemakan “Melestarikan Syair Sebagai Warisan Bangsa” akan diadakan pada 25 Oktober 2007 dari jam 8.00 pagi hingga 4.15 petang di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Seminar dan Bengkel ini mempunyai 5 objektif:
Mempertemukan penggiat dan peneliti syair Melayu.
Mendiskusikan asal usul, tema dan kategori syair Melayu.
Menganalisis melodi syair Melayu dan versinya.
Mencadangkan kaedah pengajaran syair Melayu dalam KOMSAS.
Menyumbang kepada penerbitan buku tentang syair Melayu.
Acara seminar membariskan 5 pembentang makalah, iaitu Dr. Harun Mat Piah (Pengkaji Kesusasteraan Melayu Tradisional), En. Mohd Fauzi Bin Abdullah (Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia), Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Salleh (Halim, R) (Penggiat Puisi), Kumpulan Penyelidik FRGS (Dr. Indirawati Zahid, Prof. Madya Dr. Zahir Ahmad dan Dr. Mohd. Nasir Hashim) dan Drs. Fadlin Jaafar & Drs. Muhammad Takari (Pensyarah Universitas Sumatera Utara dan Penyelidik Budaya Melayu, Medan)
Sementara itu, acara bengkel serta persembahan syair akan dikendalikan oleh Dr. Mohd. Nasir Hashim bersama penggiat puisi Professor Datin Dr. Sri Nurestri Abd Malek, Puan Zurinah Hassan, Puan Wan Ismalinda Wati Wan Ismail, Puan Hapsah Jusoh, Dra. Darmini, T, Puan Zarina Saamah, Puan Sarbanun Marican dan Drs. Fadlin Jaafar & Drs. Muhammad Takari.
Seminar ini merupakan anjuran Projek Pendokumentasian dan Penotasian Puisi Melayu Tradisional dengan biaya Geran Khas Universiti Penyelidikan Tahun 2007.
Penyertaan seminar dan bengkel ini adalah terbuka kepada orang ramai dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
Tajuk :
Seminar dan Bengkel Syair Melayu: Menyemarakkan Warisan melalui Pendidikan
Tarikh :
25 Oktober 2007
Masa :
8.00 pagi hingga 4.15 petang
Tempat :
Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Peserta :
Terbuka kepada orang ramai
Bayaran :
Percuma
Pakaian :
Kebangsaan / Pejabat
Hubungi :
DR. INDIRAWATI ZAHID di talian 03-79677208 / 7215 / 7243
Klik sini untuk contoh Syair Melayu (1)
Klik sini untuk contoh Syair Melayu (2)