
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Encik Ahmad Fedtri Yahya atas pelantikan sebagai Elite@UM Fellow, Program Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya berkuat kuasa mulai Semester 2, Sesi 2025/2026.
Beliau akan menyampaikan perkongsian ilmu melalui kursus JIE3023 Kesusasteraan Melayu dan Komunikatif. Kursus tersebut merupakan kursus Teras Program yang dikendalikan oleh Dr. Madiawati Mamat @ Mustaffa, Pensyarah, Program Kesusasteraan Melayu.
Semoga pelantikan ini terus menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan dalam bidang kesusasteraan Melayu dan komunikasi sekali gus memperluas serta memperkaya pengalaman pembelajaran para pelajar.
#akademipengajianmelayu
#APM
#APMUM
#universitimalaya