03-79677200 apm@um.edu.my

Sarjana Muda Pengajian Melayu

Home / Program / Ijazah Dasar / Sarjana Muda Pengajian Melayu

Sarjana Muda Pengajian Melayu

Program Sarjana Muda Pengajian Melayu adalah program secara kerja kursus yang dijalankan secara sepenuh masa. Kaedah penyampaian program ini adalah secara konvensional (kuliah interaktif, pembelajaran berasaskan permainan, pembelajaran kooperatif, e-pembelajaran, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan kajian kes, pembelajaran berasakan penemuan, pembelajaran berasaskan projek berorientasikan masalah, pembelajaran berasaskan komputer, lapangan, sesawang dan projek.

Calon perlu memenuhi keperluan sebanyak 128 kredit yang terdiri daripada komponen seperti di bawah.

Struktur Program Sarjana Muda Pengajian Melayu (Sesi 2021/2022)   Kredit
 Kursus Umum (Universiti) 14
 Kursus Teras Fakulti 16
 Kursus Teras Program 56
 Kursus Elektif
 Kursus Student Holistic Empowerment (She) 8
 Kursus Elektif 34
Jumlah Kredit Berjadual 128

PELAJAR MALAYSIA
Calon tempatan harus memenuhi Syarat Am Universiti sebelum diterima masuk ke Program ini.


1.1  Syarat Am Universiti
SPM
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013.Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; dan


STPM
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

MATRIKULASI/ASASI
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau

DIPLOMA/SETARAF
a) Mempunyai kelulusan Diploma IPTA / ILKA / IPTS atau Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (Syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan oleh UA); atau
b) Lulus peperiksaan STPM tahun 2018 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
c) Matrikulasi/Asasi tahun 2018 dan sebelumnya edngan mendapat sekurang-kuangnya PNGK 2.00; atau
d) STAM tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; atau
e) Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level/International Baccalaureate Diploma/Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA. dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan. serta

1.2  Keperluan Khas Program
STPM Aliran Sains/Sastera

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;
dan Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
• Bahasa Melayu/ Kesusasteraan Melayu Komunikatif/ Sejarah/ Ekonomi/ Perakaunan/ Pengajian Perniagaan/ Seni Visual/ ICT; dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
• Bahasa Melayu/ Kesusasteraan Melayu; dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET.

MATRIKULASI/ASASI
Aliran Sains/ Perakaunan dan Undang-Undang Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00; dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
• Bahasa Melayu/ Kesusasteraan Melayu; dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET.

STAM
Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
• Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia/ Kesusasteraan Melayu dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET.

DIPLOMA/SETARAF
Aliran Sains/Sastera Memiliki Diploma dari UA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang berkaitan; atau Lulus STPM bukan tahun semasa dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:
• Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia/Kesusasteraan Melayu Komunikatif/ Sejarah/ Ekonomi/ Perakaunan/ Pengajian Perniagaan ICT/ Seni Visual; dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET. KELAYAKAN LAIN Memiliki pengalaman lima (5) tahun bekerja dalam bidang berkaitan; dan
Mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Sejarah • Ekonomi
• Science • Mathematics
• Mana-mana 1 mata pelajaran lain; dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam MUET.

PELAJAR ANTARABANGSA

Pemohonan bukan warganegara yang ingin mengikuti program Sarjana Muda di Universiti Malaya hendaklah tamat dan lulus sekurang-kurangnya dua belas (12) tahun pengajian serta memperolehi kelayakan seperti berikut:
a) Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/A-Level/IB/Setaraf; atau
b) Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00; dan
c) Memperolehi keputusan yang berikut dalam salah satu (1) peperiksaan kecekapan Bahasa Inggeris yang dinyatakan di bawah:
i. skor 500 (PBT), 173 (CBT) atau 60 (IBT) dalam Test of English as a Foreign Language (TOEFL);
ii. band 5.0 dan ke atas bagi International English Language Testing System (IELTS) (Academic);
iii. band 3 dan ke atas dalam Malaysian University English Test (MUET);
iv. skor 41 dan ke atas Pearson Test of Academic English (PTE Academic);
v. gred C dan ke atas bagi subjek Bahasa Inggeris untuk General Certificate of Education (A-Level), University of Cambridge; vi. gred C dan ke atas bagi subjek Bahasa Inggeris untuk General Certificate of Secondary Education (O-Level), University of Cambridge; vii. gred C dan ke atas dalam Cambridge Assestment English: First (FCE); atau dan
d) Memenuhi keperluan syarat khas kemasukan ke program pengajian yang berkenaan.

• Eksekutif Pemasaran
• Eksekutif Pengurusan
• Editor
• Wartawan
• Pegawai Perancang Bahasa
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Penerangan
• Pengacara
• Pegawai Perhubungan Awam
• Penyunting
• Pegawai Tadbir

Minimum: 7 Semester
Maximum: 11 Semester

Last Updated: 21/09/2021