Selamat datang ke laman web baru Kumpulan Penyelidik FRGS Pendokumentasian dan Penotasian Puisi Melayu Tradisional. Laman web ini mula beroperasi pada 1 Mac 2008.
24 November 2008 - Pembentangan Kertas Kerja di Dewan Bahasa & Pustaka Kumpulan Penyelidik FRGS Pendokumentasian dan Penotasian Puisi Melayu Tradisional telah membentangkan kertas kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Dua kertas kerja dibentang oleh Prof. Madya. Dr. Indirawati Zahid yang bertajuk "Prosodi dan Syair Melayu: Perspektif Baru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran" dan Prof. Madya Dr. Mohd. Nasir Hashim yang bertajuk "Penemuan Repotoire Melodi Syair Melayu: Satu Paradigma Baru Dalam Pembangunan Puisi Melayu Tradisional"(Gambar)
13 November 2008 - Persembahan Syair Tema: Pendokumentasian Syair Melayu: Penghayatan Melalui Penyelidikan dan Persembahan Persembahan Syair: 13 November 2008-Khamis, pukul 8.30 malam di Taman Budaya Kuala Lumpur, Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur(Gambar)
9 Oktober 2008- Seminar Syair Melayu Tema: Seminar dan Pendokumentasian Syair Melayu: Penghayatan Melalui Penyelidikan dan Persembahan
Kumpulan Penyelidik FRGS Pendokumentasian dan Penotasian Puisi Melayu Tradisional mengadakan Seminar dan Pendokumentasian Syair Melayu: Penghayatan Melalui Penyelidikan dan Persembahan seperti berikut:-
Seminar: 9 Oktober 2008-Khamis, pukul 8.30 pagi hingga 1.30 tengah hari di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Seminar ini dapat diikuti secara langsung (live seminar) melalui webcast. [Website Seminar]
(Gambar)
20 Ogos 2008 - Temu bual Pak Tenas Mengenai Syair Melayu
Temu bual bersama Y.Bhg. Dr.(Ps) H. Tenas Effendy atau lebih dikenali sebagai Pak Tenas di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Pak Tenas berkongsi pengalaman mengenai sejarah Syair Melayu. (Gambar)
10 - 12 Ogos 2008 - Penyelidikan ke Medan, Indonesia
Kumpulan penyelidik pergi ke Medan, Indonesia pada 10 ogos 2008 untuk menyambung penyelidikan tentang Syair Melayu. Kumpulan penyelidikan melakukan temu bual dan rakaman dengan penyair-penyair yang berpengalaman dan mahir dalam nyanyian lagu Syair. (Gambar)
2 Ogos 2008 - Diskusi Syair Melayu Bersama Halim R
Kumpulan Penyelidik FRGS bertemu dengan Halim R yang didatangkan khas untuk membincangkan mengenai Syair Melayu pada 2 Ogos 2008. (Gambar)
20 Julai 2008 - Perbincangan Syair Melayu Bersama Harun Mat Piah
Kumpulan Penyelidik FRGS telah bertemu dengan Harun Mat Piah di kediamannya di Bandar Baru Bangi bagi membincangkan mengenai Syair Melayu pada hari Ahad 20 Julai 2008, pukul 3.00petang. (Gambar)
17 Julai 2008 - Seminar Pembentangan
Projek-Projek Penyelidikan Di Bawah Skin Geran Penyelidikan Fundamental FRGS IPTA Fasa 1/2006
Seminar ini telah dibentangkan oleh Ketua Projek iaitu Prof. Madya Dr. Indirawati Zahid. Seminar ini berlansung pada 17 Julai 2008-Khamis pada pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang di bilik 12-16, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 5, 62000, Putrajaya.
21 Jun 2008 - Menghadiri Sesi Penghayatan Puisi: Syair
Seminar ini di bawah Program Aspresiasi Seni Penulisan dan Sastera yang bersempena Sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008. Seminar ini diadakan di Aras 1, Bangunan Perpustakaan Negara Malaya dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Panel yang menyampai seminar ialah Puan Rogayah A. Hamid dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dengan tajuk beliau ialah " Syair: Ketekalan Minda Melayu". (Gambar)
18 & 19 Jun 2008 - Mesyuarat khas penggubalan MoU antara Universiti Malaya dan Dewan Pustaka dan Bahasa (DBP), Brunei Darussalam di Bilik Mesyuarat Kiambang, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya jam 10.00pagi.
Kumpalan Projek Pendokumentasian dan Penotasian Puisi Melayu Tradisional (FRGS) merupakan penganjur utama mesyuarat ini dengan kerjasama pihak Canseleri dan Pejabat Hubungan Korporat & Antarabangsa (International and Corporate Relations Office -ICR),Universiti Malaya. Dijangka mesyuarat yang akan diadakan ini akan dihadiri oleh para Pengarah/Dekan Akademi/Fakulti di Universiti Malaya bagi membincangkan hasrat bersama untuk mengadakan MoU. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh Pengarah DBP, Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr. Mataim Bakar dan pegawai-pegawainya.(Gambar)
15 April 2008 - Kumpulan penyelidikan bertolak ke Brunei Darussalam pada 15 April 2008. Antara aktiviti yang akan dijalankan semasa penyelidikan adalah bertemu dengan para penyair Brunei serta melakukan temu bual dengan mereka. Selain itu, kumpulan ini juga akan mengadakan satu sesi perjumpaan dengan pegawai Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Brunei Darussalam. (Gambar)
27 Mac 2008 - Kumpulan penyelidik bertolak ke Medan, Indonesia pada 27 Mac 2008 untuk menjalankan penyelidikan tentang Syair Melayu. Kumpulan penyelidikan akan melakukan temu bual dan rakaman dengan penyair-penyair yang berpengalaman dan mahir dalam nyanyian lagu Syair. (Gambar)
22 Februari 2008 - Kumpulan Penyelidik bertolak ke Kuching, Sarawak untuk bertemu dengan Pn. Sarbanun serta para penyair lain yang telah berkumpul di rumah Pn. Sarbanun. Temu bual bermula pada 10 pagi hingga petang. (Gambar)
18 Februari 2008 - Temu bual bersama Y.Bhg. Dr.(Ps) H. Tenas Effendy atau lebih dikenali sebagai Pak Tenas di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Pak Tenas berkongsi pengalaman mengenai sejarah Syair Melayu semasa zaman diraja dahulu. Menurut beliau, Syair sering dimainkan semasa hari perkahwinan dan juga pelbagai majlis diraja. (Gambar)(Video)
24 November 2007 - Kumpulan Penyelidikan mengadakan temu bual dengan penyair di Kota Bharu, Kelantan. (Gambar)
25 Oktober 2007 - Kumpulan Penyelidik berjaya mengadakan Seminar dan Bengkel Syair Melayu: Menyemarakkan Warisan Melalui Pendidikan yang bertemakan “Melestarikan Syair Sebagai Warisan Bangsa” di Dewan Semarak, Akademi Pengajian
Melayu (APM), Universiti Malaya (UM). YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan, Pengarah Akademi Pengajian Melayu telah melancarkan buku Syair Melayu yang bertajuk "Keindahan Variasi Syair Melayu" semasa majlis pelancaran. Persediaan awal seperti menggantung kain rentang di sekitar kampus Universiti Malaya serta pengedaran Penyair dan kad jemputan kepada para jemputan telah dilakukan oleh kumpulan penyelidikan. (Gambar)(Keratan Akhbar)
2007 - Kumpulan Penyelidikan telah menjalankan penyelidikan tentang Syair Melayu di Pulau Pinang, Ipoh, Kedah dan juga Perlis. Para penyelidik melakukan temu bual dengan penyair-penyair yang terkenal di negeri-negeri berkenaan.