Latihan berlangsung di Taman Budaya Kuala Lumpur pada pukul 4.00 petang.
Banner telah digantung awal oleh pihak Jabatan Warisan Negara
Dr. Nasir memperdengarkan melodi-melodi syair dan membahagikan syair kepada penyair-penyair untuk disyairkan pada malam persembahan.
Puan Sarbanun Merican dan Meriam Che Lah kusyuk merakam dan mendengar melodi syair.
Setiap penyair teruja dengan dapatan melodi dari penyelidikan dan menyemak syair yang diterima.
Dr. Nasir memberikan penerangan kepada penyair-penyair.
Penyair-penyair ini sangat berdedikasi melakukan tugas yang diamanahkan. Mereka membawa alat perakam sendiri dan sering mengajukan soalan serta memberikan pendapat untuk memantapkan persembahan mereka.
Pada hari pertama latihan hampir semua yang terlibat dengan projek ini memberikan sokongan iaitu daripada Universiti Malaya, Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Wilayah Persekutuan.