Close Window
   
 
 
 
 
 

Laman APM | Laman Utama | Seminar 2007 | Pengenalan | Diari Latihan Syair | Objektif | Urusetia | Pemuzik | Aturcara | Peta Tunjuk Arah | Penyair | Kerjasama | Penghargaan | Terbitan | Hubungi Kami | Pautan

 
 Selamat Datang
 

 
 
 
Baca berita penuh di sini
 
 
 Direktori Telefon/E-mel/Faks
 
Talian Umum
Talian Kumpulan Penyelidik
Senarai Faks
Emel Kumpulan Penyelidik
 
 
 
 Statistik Pengunjung
 
users online
 
Bilangan penghujung terkini
Syair Melayu - Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
   
    Pendahuluan
   
 

Seminar yang dirancang tajuknya Seminar dan Pendokumentasian Syair Melayu: Penghayatan Melalui Penyelidikan dan Persembahan diadakan pada 9 Oktober 2008 di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya untuk SEMINAR dan PERSEMBAHAN SYAIR di Taman Budaya Wilayah Persekutuan, Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur. Seminar ini merupakan anjuran kumpulan penyelidikan FRGS (Fundamental Research Grant Scheme)  Pendokumentasian dan Penotasian Puisi Melayu Tradisional yang didanai oleh Kementerian Pengajian Tinggi (2006-2008) dan Geran Universiti Penyelidikan (2007). Projek FRGS ini dianggotai oleh Prof Madya Dr. Indirawati Zahid (Ketua), Prof Madya Dr. Zahir Ahmad (Ahli), Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim (Ahli) dan penolong penyelidik.

            Seminar ini merupakan kesinambungan usaha yang telah dilakukan sebelum ini, iaitu penganjuran Seminar dan Bengkel Syair Melayu: Menyemarakkan  Warisan Melalui Pendidikan pada 25 Oktober 2007 di Akademi Pengajian Melayu (sila klik di sini untuk ke laman web seminar 2007). Dalam seminar dan bengkel yang telah dianjurkan ini buku Keindahan Variasi Syair Melayu telah dilancarkan oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan, Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

            Sehubungan dengan itu bagi tahun kedua penyelidikan ini dan menuju fasa akhir peruntukan dananya, kumpulan penyelidikan ini bercadang untuk menganjurkan satu seminar setengah hari bagi menguar-uarkan dapatan penyelidikan yang sekali gus akan diterbitkan dalam bentuk buku untuk kegunaan sekolah, khususnya yang berkaitan dengan pengajaran KOMSAS di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tinggi yang berkaitan dengan bidang bahasa, linguistik, sastera dan muzikologi.  Hasrat ini menjadi kemuncak kepada objektif penyelidikan ini kerana kumpulan penyelidik mendapati  sehingga hari ini tiada dokumentasi dalam bentuk melodi syair telah diterbitkan dalam bentuk bercetak berbanding dengan dokumentasi dalam bentuk audio.

            Sehubungan dengan itu, sungguhpun dokumentasi dalam bentuk audio telah ada, penyelidikan yang bersifat akademik dan menjurus kepada pengumpulan variasi melodi syair tetap dan amat perlu dilakukan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.  Justeru kekurangan ini menjadi titik tolak kepada persoalan melodi mana yang harus diterima pakai dalam menyampaikan sesebuah syair kerana hampir setiap lokasi penyelidikan yang dikunjungi, hampir kesemua informan yang ditemui mempunyai pandangan dan melodi yang berbeza walaupun sebenarnya informan ini sedang membicarakan perkara yang sama. Kesemua ini dipercayai berpunca daripada faktor warisan daripada generasi sebelumnya yang sekali gus menimbulkan kekeliruan kepada para pelajar, pecinta seni dan anggota masyarakat yang lain juga.

            Lanjutan daripada itu, kumpulan penyelidik akan memaparkan hasil penyelidikan dan notasi muzik untuk melodi syair berdasarkan kandungan mesej sesebuah syair dalam buku dan cd audio yang akan diterbitkan. Adalah menjadi hasrat kami sebagai kumpulan penyelidik, usaha yang dilakukan ini akan memberikan manafaat yang besar kepada dunia pendidikan, pencinta sastera dan seni Melayu. Tajuk buku yang dijangka akan diterbitkan apabila mendapat penerbit yang sesuai ialah Metode Pengajaran Dan Pembelajaran Syair Melayu.

            Bagi menjayakan seminar setengah hari ini, ketiga-tiga ahli projek FRGS ini akan membentangkan korpus syair Melayu dari aspek kepakaran bidang masing-masing, iaitu Kesusasteraan, Prosodi dan Muzikologi. Pembentangan kertas kerja ini akan dipengerusikan oleh pengerusi yang dilantik khas yang akhirnya akan membuat rumusan tentang penyelidikan yang telah dilakukan.Seminar ini merupakan anjuran Projek Pendokumentasian dan Penotasian Puisi Melayu Tradisional dengan biaya Geran Khas Universiti Penyelidikan Tahun 2007.

Penyertaan seminar dan persembahan ini adalah terbuka kepada orang ramai dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Perjalanan Seminar 9 Oktober 2008
Seminar yang akan diadakan dirancang seperti berikut:

  1. Seminar setengah hari iaitu pembentangan hasil kajian
  2. Seminar dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dr.(Ps) H. Tenas Effendy .
  3. Pemaparan hasil kajian dalam bentuk manuskrip dan sedutan audio melodi syair.
  4. Pembentang oleh Prof Madya Dr. Indirawati Zahid, Prof Madya Dr. Zahir Ahmad, Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim
  5. Pameran Penyelidikan di pintu masuk Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu

Perjalanan Persembahan Syair 13 November 2008
Persembahan syair yang akan diadakan dirancang seperti berikut:

  1. Hasil kajian dinyanyikan oleh penyair-penyair terpilih.
  2. Pemaparan hasil kajian dalam bentuk manuskrip dan sedutan audio melodi syair.
  3. Persembahan syair dibawah arahan Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Hashim
  4. Menampilkan tokoh-tokoh penyair terkenal

Klik sini untuk contoh Syair Melayu (1)
Klik sini untuk contoh Syair Melayu (2)

   
 

.


       
Hakcipta © 2008. Kumpulan Penyelidikan Syair Melayu
Akademi Pengajian Melayu , Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
Paparan terbaik dengan IE ver 5.5 ke atas.