Close Window
   
 
 
 
 
 

Utama | Organisasi | Berita | Aktiviti | Terbitan | Koleksi | Jalinan Kerjasama | Hubungi Kami | Pautan | Persembahan Syair 2008 | Diari Latihan Syair
Bahasa Melayu
"Selamat Datang ke Laman Web Kumpulan Penyelidik FRGS Pendokumentasian dan Penotasian Puisi Melayu Traditional, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya"
 

 
 Selamat Datang
 

 
 
 
Baca berita penuh di sini
 
 
 Direktori Telefon/E-mel/Faks
 
Talian Umum
Talian Kumpulan Penyelidik
Senarai Faks
Emel Kumpulan Penyelidik
 
 
 
 Statistik Pengunjung
 
users online
 
Bilangan penghujung terkini
Syair Melayu - Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
   
 


Tempat-tempat penyelidikan yang telah dituju

 

   
 

Latar Belakang Kumpulan Penyelidikan

   
 

Projek Pendokumentasian dan Penotasian Puisi Melayu Tradisional merupakan projek yang didanai oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selama 2 tahun, iaitu dari 2006-2008 dan Geran Universiti Penyelidikan tahun 2007. Projek ini dianggotai oleh Prof. Madya Dr. Indirawati Zahid (Ketua Kumpulan Penyelidikan), Prof. Madya Dr. Zahir Ahmad (Ahli Kumpulan Penyelidikan), Prof. Madya Dr. Mohd. Nasir Hashim (Ahli Kumpulan Penyelidikan) dan Penolong Penyelidik.

Projek yang bersifat multidisplin ini menggabungkan dua fakulti yang berbeza, iaitu Akademi Pengajian Melayu dan Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya.

Gabungan 2 fakulti yang berbeza ini menyatukan 3 disiplin yang berbeza, iaitu prosodi, kesusasteraan dan muzikologi. Ketiga-tiga disiplin ini mengambil syair Melayu sebagai korpus analisis.


Objektif


Secara ringkasnya projek mempunyai objektif seperti berikut:-

  • Mendokumentasikan sebanyak mungkin melodi syair negeri-negeri rumpun Melayu.
  • Menganalisis dan mengklasifikasikan melodi syair untuk mendapatkan/mengenal pasti versi melodi utama sesebuah syair.
  • Mendapatkan kaedah pembacaan syair dari perspektif prosodi, iaitu penggunaan fitur-fitur prosodi seperti kepanjangan, jeda dan sebagainya sesuai dengan struktur sesebuah syair.
  • Menerbitkan rakaman audio syair dan notasi melodi Rumpun Melayu.

Apa itu syair?


Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar. Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam, iaitu pada tahun 6000 Masihi. Za'ba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.

Ciri-ciri syair :
  • lazimnya terdiri daripada 4 baris serangkap.
  • rima syair aaaa.
  • setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah.
  • bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama, iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris.
Syair dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
  • naratif
  • non-naratif
Syair naratif ialah syair berbentuk cerita seperti Syair Siti Zubaidah, Syair Selendang Delima, Syair Panji. Syair nonnaratif ialah Syair berbentuk nasihat/pengajaran dan agama seperti Syair Ikan Terubuk.


       
Hakcipta © 2008. Kumpulan Penyelidikan Syair Melayu
Akademi Pengajian Melayu , Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.
Paparan terbaik dengan IE ver 5.5 ke atas.