Pendahuluan

  1. Pelajar dinasihat supaya membaca maklumat tentang Sistem Semester melalui Buku Panduan Umum Sistem Semester Universiti Malaya  dan Buku Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2013 sebagai pelengkap kepada Buku Panduan Akademi Pengajian Melayu.
  2. Pelajar perlu mengambil perhatian bahawa pendaftaran kursus adalah berdasarkan kursus-kursus yang ditawarkan pada semester berkenaan.
  3. Bilangan pelajar untuk sesuatu kursus juga adalah tertakluk kepada kapasiti bagi kursus  berkenaan.
  4. Maklumat Am ini hanya terpakai untuk pelajar kemasukan sesi 2013/2014 sahaja.  Buku ini hendaklah diguna pakai sepanjang tempoh pengajian pelajar.  Pelajar kemasukan sebelum sesi 2013/2014 hendaklah merujuk Buku Panduan sesi kemasukan masing-masing.

Pendaftaran Kursus

 Tahap Pengajian  Sistem Pengajian
 Enam Semester Tujuh Semester  Lapan Semester 
 Awal 35 kredit dan ke bawah
 35 kredit dan ke bawah 35 kredit dan ke bawah 
Pertengahan   36 -75 kredit 36 – 85 kredit   36 – 95 kredit
 Awal 76 kredit dan ke atas  86 kredit dan ke atas   96 kredit dan ke atas

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini
Last Update: August 30, 2016