Logo APM

logo apm baru copy

Keterangan Logo Akademi Pengajian Melayu

Rekabentuk : Kalam dan Dinamisa
Logo ini bersifat dinamik dengan cara penegakan dua tiang huruf ke atas. Dinamisa yang ditonjolkan sesuai dengan objektif APM dalam menangani persoalan dan isu kemasyarakatan dari tradisi ke masa kini demi kemajuan Melayu di masa hadapan. Segala persoalan yang ditangani dan isu peningkatan nilai tradisi Melayu itu sendiri disebarkan dengan mata pena ke arah memasyarakatkan tradisi ilmu kepada umum.

Huruf Mim pula diwakili oleh bentuk Mim membulat di bahagian dasarnya, yang secara khusus merujuk kepada keseluruhan daya intelektual dan kesarjanaan Akademi dijuruskan kepada persoalan Melayu sehingga nilai-nilai Melayu turut sama dijadikan dasar kepada pengkajinya.

Model logo ini dibuat dalam dua reka bentuk, satunya bersifat simplistik, manakala satu lagi lebih dekoratif beertujuan memasukkan ciri-ciri keMelayuan, khususnya yang terkandung pada falsafah seni ukir Melayu itu sendiri: bergerak lembut, sederhana, berbalas, tidak meninggikan diri, tidak menikam antara satu sama lain, semakin tinggi, semakin menunduk.
  
Huruf-Huruf Jawi : Jawi Kufi
Huruf-huruf jawi bagi membentuk kata singkatan Akademi Pengajian Melayu iaitu Alif Berhamzah, Pa dan Mim digunakan secara optimum bagi menggubah bentuk kalam dengan sifat dinamik dan maju. Huruf-huruf jawi ini mengambil kaedah penulisan khat Kufi yang selalu digunakan di dalam penulisan logo, kulit buku, tajukbuku, papan tanda dan biasanya dinisbahkan sebagai khat yang mampu mendatangkan keindahan kerana keupayaannya diperangkap dalam bentuk yang pelbagai.

Penggunaan huruf-huruf dibuat dengan optimum, sehingga tidak menambah apa yang tidak diperlukan untuk mendatangkan kesan mata pena kerana tiang huruf Alif dan Pa dijadikan sebagai sebagai mata pena yang bercantum manakala huruf Mim telah dijadikan tapak dasar di tengah-tengah. Untuk menyerlahkan ciri-ciri keMelayuan, bentuk sulur digubah pada ekor huruf Alif dan Pa, yang diimbangi melalui daya estetik Melayu iaitu nilai kehalusan, nilai kesesuaian dan nilai keaslian.

UM dan Warna
Perkataan Universiti Malaya dibuat dalam tulisan rumi, di bawah perkataan Alif, Pa, Mim, digubah dalam bentuk kelihatan seperti mendokong logo APM tersebut, sebagai perlambangan sokongan universiti terhadap falsafah hidup Melayu dalam teras akademiknya. Walau bagaimana pun, aktiviti dan kegiatan akademik APM sendiri berada dalam lingkungan tatcara dan perlembangaan universiti, diwakili dengan sifat logo APM tersebut dilingkungi dengan warna biru tua Universiti Malaya dan warna kuning tulisan Universiti Malaya juga menyerlahkan falsafah universiti yang turut digunakan dalam logo am Universiti Malaya. Warna hijau bagi mewarnakan huruf-huruf jawi APM adalah warna APM sendiri.








Last Update: June 16, 2015