Kemudahan & Perkhidmatan APM

Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap untuk pelajar-pelajar.

Makmal Komputer

APM mempunyai dua buah makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet. Makmal di buka dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari waktu bekerja dan ditutup pada cuti am, cuti semester dan selepas waktu bekerja. Setiap makmal komputer boleh memuatkan 20 orang pelajar

Slide24

Perpustakaan

Perpustakaan Pengajian Melayu di buka dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat pada hari bekerja. Para pelajar dilengkapi dengan kemudahan 
peminjaman buku, rujukan dan internet tanpa wayar (WIFI).

Slide25

Muzium Etnografi Melayu

Kemudahan : Tayangan dan rujukan bahan audio visual kepada para pelajar.
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 5.00 petang (Hari Bekerja)
Kurator : Encik Mohd Anis Samad

Slide26

Dewan Kuliah dan Bilik Seminar

Dewan Kuliah (DK) dan Bilik Seminar yang dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran :
1. Peralatan audio-visual
2. LCD Projector
3. Internet tanpa wayar (wifi)

Slide27

Pusat Kegiatan Pelajar

Pusat Kegiatan Pelajar merupakan ruang untuk para pelajar mengadakan perbincangan dan ruang untuk pelajar beristirehat sambil mentelaah.

Slide23

Surau

Surau lelaki dan surau perempuan yang selesa disediakan untuk para pelajar dan pelawat. Surau dilengkapi dengan penghawa dingin, tikar, tempat mengambil air wuduk dan telekung.

Slide28

Kafeteria

Akademi Pengajian Melayu menyediakan kemudahan kafetaria dan katering untuk pelbagai aktiviti dan acara. Kafeteria dan katering di kendalikan oleh Norliza Katering. Telefon : 012-9440278 / 012-3489845.

Slide29

Tempat Meletak Kenderaan

Kemudahan tempat meletak kenderaan yang luas dan mencukupi untuk kakitangan, pelajar dan pelawat. Pelajar/pelawat dan kakitangan mempunyai medan tempat meletak kenderaan yang berasingan.



Internet Tanpa Wayar (Wi-Fi)

Bilangan Lokasi Access Point Wireless: Foyer di Akademi Pengajian Melayu, Perpustakaan APM dan Makmal Komputer.

Slide30

Kemudahan Fotokopi

Perkhidmatan fotokopi dan mencetak disediakan dengan kadar yang berpatutan.

Lif dan Laluan Khas Orang Istimewa

Lif dan laluan khas untuk kemudahan pelajar dan pelawat yang berkerusi roda serta yang memerlukannya.

Bas UM dan Pondok Menunggu Bas

Komuniti pelajar UM boleh mendapatkan kemudahan pengangkutan sekitar luar dan dalam kampus dari pelbagai pilihan. Selain dari pengangkutan yang disediakan oleh pihak Universiti, terdapat juga kemudahan pengangkutan awam yang terdiri dari LRT, bas pengantara dan pengangkutan awam lain seperti bas dan teksi.

Perkhidmatan Akademi Pengajian Melayu

Akademi Pengajian Melayu menyediakan perkhidmatan sewa premis, ruang dan peralatan dengan kadar yang berpatutan untuk penyewa komersil dan agensi luar. Berikut ialah kadar sewa untuk auditorium, dewan kuliah, bilik seminar, bilik tutorial dan peralatan tambahan. 

Borang tempahan boleh di dapati di Pejabat Am, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya atau email ke apm@um.edu.my Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

1. Lawatan Maya Premis/Ruang 
2. Jadual Kadar Sewa Peralatan Tambahan
3. Jadual Kadar Sewa Bagi Premis/Ruang

Jadual Kadar Sewa Bagi Premis/Ruang

Maklumat kadar sewa Premis/Ruang dan kadar sewa peralatan klik disini

Last Update: October 07, 2015