TOKOH AKADEMIK NEGARA

TOKOH AKADEMIK 2012 - Nik Safiah

TOKOH AKADEMIK 2011 - Hajah Asmah

Dr. Norhayati Binti Ab Rahman

PANEL PENILAI ANUGERAH SASTERA NEGARA KE-13 DAN 14 OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya , iaitu Prof. Emeritus Dato' Dr. Hjh. Asmah dan Dato' Dr. Hashim Awang telah diberi kepercayaan dan dilantik menjadi panel penilai Anugerah Sastera Negara Ke 13 dan 14 oleh Perdana Meneteri Malaysia, Y.A.B Dato Sri Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak. Pelantikan ini berkuatkuasa 15 September 2014 yang lepas sehingga Disember 2016. Anugerah Sastera Negara dipilih oleh Panel Anugerah Sastera Negara yang ditunjangi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pemenang akan menerima wang tunai RM30,000 dan pelbagai kemudahan menjalani kehidupan dan berkarya. Sejak tahun 2003, nilai hadiah ini telah ditambah menjadi RM60,000 di samping kemudahan menerbitkan karya sehingga mencecah RM500,000.  Sasterawan Negara Malaysia merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang menyumbang dalam bidang sastera Bahasa Melayu di Malaysia. Anugerah Sastera Negara yang pertama diadakan pada tahun 1981 hasil ilham mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn yang menginginkan sebuah hadiah sastera yang berprestij demi mengangkat martabat sastera di negara kita.

PROGRAM ABILYMPICS : NUKILAN JIWAKU
Program Abilympics: Nukilan Jiwaku anjuran Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Majlis Pemulihan Malaysia, dan Yayasan Maybank Berhad yang diadakan bermula pada 16 November 2014 yang  lepas berjaya terpilih sebagai antara program terbaik Maybank untuk tahun 2014/2015.
Pengiktirafan ini sememangnya satu kejayaan yang besar kepada Akademi Pengajian Melayu kerana program ini merupakan antara sumbangan Akademi Pengajian Melayu kepada masyarakat dan juga negara. Program Abilympics yang mencungkil bakat warga orang kurang upaya (OKU) dalam bidang seni lukis ini akan mencapai kemuncaknya apabila sebuah Program Abilympics : Nukilan Jiwaku peringkat kebangsaan akan diadakan dalam masa terdekat kelak.
 
Berikut merupakan antara gambar - gambar kemenangan untuk program ini.
40 TAHUN HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA - CHINA
Pada 18 Disember 2014 yang lepas, telah diadakan satu majlis sambutan sempena 40 tahun hubungan Diplomatik Malaysia - China bertempat di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, pihak kedutaan China telah menjemput Prof. Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan, Pengarah APM untuk menerima Anugerah Khas di majlis tersebut. Anugerah ini adalah bertujuan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dalam mengembangkan Bahasa Melayu di Negeri China. Anugerah tersebut disampaikan oleh Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang dan penerima anugerah dihadiahkan pas visa ke China selama 5 tahun. Bagi pihak APM, ini merupakan satu penghargaan yang besar dan ianya merupakan suntikan semangat kepada kami untuk menaikkan lagi martabat Bahasa Melayu dan Pengajian Melayu seterusnya menaikkan nama Universiti Malaya di mata dunia. Berikut merupakan suasana sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Last Update: November 24, 2015