UM Home | Faculties, Academies, Institutes & Centres | Home | Akademi | Kemudahan dan Perkhidmatan

Kemudahan & Perkhidmatan APM

Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap untuk pelajar-pelajar.
Makmal Komputer            
APM mempunyai dua buah makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet. Makmal di buka dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari waktu bekerja dan ditutup pada cuti am, cuti semester dan selepas waktu bekerja. Setiap makmal komputer boleh memuatkan 20 orang pelajar.            
Perpustakaan
Perpustakaan Pengajian Melayu di buka dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat pada hari bekerja. Para pelajar dilengkapi dengan kemudahan peminjaman buku, rujukan dan internet tanpa wayar (WIFI).
Muzium Etnografi Melayu
Kemudahan: Tayangan dan rujukan bahan audio visual kepada para pelajar.
Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang (Hari Bekerja)
Kurator: Encik Mohd Anis Samad
Dewan Kuliah dan Bilik Seminar
Dewan Kuliah (DK) dan Bilik Seminar yang dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
1. Peralatan audio-visual
2. LCD Projector 
3. Internet tanpa wayar (wifi)
Surau 
Surau lelaki dan surau perempuan yang selesa disediakan untuk para pelajar dan pelawat. Surau dilengkapi dengan penghawa dingin, tikar, tempat mengambil air wuduk dan telekung.
 Kafeteria
Akademi Pengajian Melayu menyediakan kemudahan kafetaria dan katering untuk pelbagai aktiviti dan acara. Kafeteria dan katering di kendalikan oleh Norliza Katering.
Telefon : 012-9440278 / 012-3489845 
Tempat Meletak Kenderaan
Kemudahan tempat meletak kenderaan yang luas dan mencukupi untuk kakitangan, pelajar dan pelawat. Pelajar/pelawat dan kakitangan mempunyai medan tempat meletak kenderaan yang berasingan.
Internet Tanpa Wayar (Wi-Fi)
Bilangan Lokasi Access Point Wireless:
Foyer di Akademi Pengajian Melayu, Perpustakaan APM dan Makmal Komputer
Kemudahan Fotokopi
Perkhidmatan fotokopi dan mencetak disediakan dengan kadar yang berpatutan.
Lif dan Laluan Khas Orang Istimewa
Lif dan laluan khas untuk kemudahan pelajar dan pelawat yang berkerusi roda serta yang memerlukannya.
Bas UM dan Pondok Menunggu Bas
Komuniti pelajar UM boleh mendapatkan kemudahan pengangkutan sekitar luar dan dalam kampus dari pelbagai pilihan. Selain dari pengangkutan yang disediakan oleh pihak Universiti, terdapat juga kemudahan pengangkutan awam yang terdiri dari LRT, bas pengantara dan pengangkutan awam lain seperti bas dan teksi.
Perkhidmatan Akademi Pengajian Melayu
Akademi Pengajian Melayu menyediakan perkhidmatan sewa premis, ruang dan peralatan dengan kadar yang berpatutan untuk penyewa komersil dan agensi luar. Berikut ialah kadar sewa untuk auditorium, dewan kuliah, bilik seminar, bilik tutorial dan peralatan tambahan.
Borang tempahan boleh di dapati di Pejabat Am, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya atau email ke apm@um.edu.my Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
1. Lawatan Maya Premis/Ruang
2. Jadual Kadar Sewa Peralatan Tambahan
3. Jadual Kadar Sewa Bagi Premis/Ruang
Jadual Kadar Sewa Bagi Premis/Ruang
Maklumat kadar sewa Premis/Ruang di sini
 Jadual Kadar Sewa Peralatan Tambahan
Maklumat kadar sewa peralatan di sini
CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2013 University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA. http://www.um.edu.my